Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Wednesday, November 21, 2007

Masalah dengan "Roundel" bagi RMAF Ai Traffic Package V1.0

Hai kawan2...hari nih sepjg hari aku duk surf website Malaysia scale model..akhirnye aku terjumpe dgn model MiG-29N & Boeing F-18D RMAF yg dia org buat...power betul dia org tuh!!!

Dalam duk belek2 gambar yg dia org post kat situh...baru aku terperasan aku punye RMAF Ai ada sedikit kecacatan....dia punye "Roundel" tak betul...yg aku duk tepek kat ai aircraft tuh skrg roundel yg lama...

Ini adalah roundel yg sebetulnye & aku perlu memperbaikinye secepat mungkin...

Dan ini adalah roundel placement yg sebetulnye...kalo korang lihat kat sebelah kanan sayap jet F-18D tuh takde roundel...yg ada cumalah perkataan "TUDM" jadi aku akan cuba sedaya upaya aku utk memperbaiki segala kecacatan yg ada.

Bile dah siap semuanye...aku akan postkan di blog nih dia punye update...korang selalu2 lah belek2 kat blog nih ye...mane le tahu kut2 aku terlupa nak postkan kat Malaysianwings ataupun Cari forum...nasib le korang...hehehe

Tuesday, November 20, 2007

Ai Aardvark Boeing 737-200V2 "Gading Sari" (Pos Malaysia Berhad)

Hai kawan2 semua ini adalah latest repaint work aku..Gading sari punye ai aircraft...utk pengetahuan semua texture nih belum pun siap sepenuhnye...aku baru je repaint sebelah kiri je nih...hehehe..
Texture nih adalah berdasarkan kpd real photo by M.Radzi Desa..terima kasih kepada beliau kerana mengambil gambar secantik ini...sedikit sebanyak dapat membantu aku merepaint texture nih..

Selamat Datang ke blog Tossee Industrie GmbH

Selamat Datang ke blog Tossee Industrie GmbH. Tujuan utama mewujudkan laman blog ini adalah untuk mengembangkan dan membantu peminat-peminat Flight Simulator di Malaysia khususnya. Seperti yang diketahui umum adalah amat sukar untuk mendapatkan segala bentuk "Addons" yang bercirikan Malaysia.

Diharap dengan kewujudan laman blog ini dapat membantu semua peminat Flight Simulator di Malaysia untuk mendapatkan addons yang bercirikan tempatan disini. Untuk pengetahuan umum, segala "Posting" dan "Reply" akan dibuat didalam Bahasa Malaysia. Akan tetapi jika ada segala pertanyaan, cadangan dan aduan bolehlah dibuat di dalam dwi bahasa Malaysia & Inggeris.

Segala produk yang telah dan akan dihasilkan oleh Tossee Industrie GmbH akan dipaparkan disini setiap hari. Setiap berita terkini, penambahbaikkan "Update" terkini juga akan diumumkan disini. Selain itu kami juga akan menengumumkan segala perkembangan terkini mengenai produk Tossee Industrie di forum Malaysianwings.com dan Cari forum (bahagian aviation).

Semoga anda semua berpuashati dengan segala yang ada di laman blog Tossee Industrie GmbH ini. Sekian. Terima Kasih.

Yang Benar,
Tossee.
Boss Besar Tossee Industrie GmbH.